Antara yang hadir, Ketua Jajahan Pasir Puteh (D.O), Tuan Haji Fauzi mat, Imam Masjid Melor (Tok Imam Mie), Pegawai-pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Pasir Puteh (diketuai oleh En Ramli), Skuad Sinar Harian Pasir Puteh, Ozom Hasram, wakil Kelbikes (HQ), Lie & Malik, sanak saudara serta rakan-rakan sebab sudi memeriahkan majlis yang tak le seberapa nie...
Dengan harapan menjana pendapatan di bumi Pasir Puteh, dekat dengan komuniti, kami meneruskan teraju Kelbikes dengan impian dan matlamat; 1RUMAH 1MOTOSIKAL...Hehe. Harapan setinggi langit dan kami berharap dapat menerajui dengan penuh tunjuk ajar daripada mentor kami, En Amir (Shahrul Amir Abdullah) dan diberkati Allah SWT.
Kami antara anak Melayu yang berani dan kami komited dengan apa yang kami lakukan...
Menggembling tenaga bersama tiga staf: Nor Akma Ismail (Admin Manager), Mohd Al-Qhudri Ramli (Sales Executive) dan Mohd Shaher Rahalim (Sales Executive), kami mahu mereka turut sama tampil sehebat yang dimahukan (diimpikan), memberi yang terbaik untuk kebaikan semua. Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan